Junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri

LBANDAR SERI BEGAWAN -Sultan Brunei Darussalam berkenan menerima menghadap dan junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri bersama pembesar-pembesar negara, di Istana Nurul Iman, di sini.semalam, 2 Mei

Junjung ziarah para pembesar negara dan diplomat itu diadakan selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri, mencerminkan kemesraan dan ketulusan, dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah yang sudah sekian lama terjalin.

 Pada majlis tersebut, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain juga berkenan menerima sembah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, para pembesar negara berpeluang untuk beramah mesra bersama para rakan sejawatan mereka.

 Selain itu, tetamu turut disajikan dengan pelbagai aneka juadah hari raya, yang menambahkan lagi rasa kesyukuran dan kegembiraan menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

Related posts

Leave a Comment