Konflik Iran, AS tanggung AS38 bilion

WASHINGTON – Setakat 1 Ogos lalu, Amerika Syarikat (AS) menanggung kos kira-kira AS$38 bilion susulan konflik bersenjata dengan Iran .

Menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) yang diterbitkan pada Selasa, kos peperangan berkenaan dijangka terus meningkat sebanyak antara AS$2 bilion hingga AS$3 bilion sebulan, bergantung kepada tahap intensiti konflik.

Laporan itu menyebut, perang yang tercetus susulan serangan bersama AS dan Israel terhadap Iran sejak penghujung Februari lalu telah memberi tekanan besar terhadap kewangan Jabatan Pertahanan AS.

Kos keseluruhan tersebut merangkumi penggantian peluru dan peralatan ketenteraan yang digunakan atau musnah dalam pertempuran, selain peningkatan kos bahan api bagi operasi ketenteraan.

Daripada jumlah itu, sebanyak AS$21.7 bilion dibelanjakan untuk menggantikan munisi yang digunakan sepanjang konflik, menjadikannya komponen perbelanjaan terbesar yang ditanggung Pentagon.

Dalam pada itu, CBO turut memberi amaran bahawa konflik berkenaan menyebabkan penyusutan ketara dalam stok pemintas sistem pertahanan peluru berpandu AS.

Menurut analisis badan itu, AS dipercayai telah menggunakan antara separuh hingga dua pertiga daripada keseluruhan inventori munisi pertahanan peluru berpandu yang diperolehnya sejak Jun 2025.

Keadaan itu berpotensi menjejaskan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara tersebut dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment