PM Lee: Kemeriahan terasa di Singapura

SINGAPURA 3 Mei – Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kepada rakan-rakan Muslim kita, semoga anda menyambut Hari Raya dengan penuh riang dan gembira! Untuk semua, saya harap anda menikmati hujung minggu yang panjang ini!

Demikian catatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melalui Facebooknya pada hari raya pertama tahun ini yang menurutnya terasa kemeriahan dan istimewa berikutan pelonggaran sekatan Covid-19.

“Buat pertama kalinya sejak pandemik bermula, rakan-rakan Muslim kita dapat kembali ke keadaan yang hampir seperti sedia kala, dan berkumpul bersama keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Dua tahun terakhir ini merupakan masa yang sangat mencabar dan sukar. Terima kasih atas pengorbanan dan pemahaman anda. Marilah kita terus tabah dalam mengamalkan tanggungjawab sosial dan menjaga keselamatan diri serta orang-orang di sekeliling kita,” katanya.

Singapura menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini berbanding jiran terdekat Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia.

(Foto fb MUIS di Masjid Sultan)

Related posts

Leave a Comment