Kadar kebolehjangkitan 0.73

PUTRAJAYA 26 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.73 selepas dua hari berada pada kadar 0.77.

Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului negeri lain dengan merekodkan 1.07 berbanding 1.15 kelmarin, dan satu-satunya negeri melebihi kadar 1.00.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 0.88, Selangor 0.84, Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing 0.83.

Sabah dan Perak merekodkan 0.81, Pulau Pinang 0.76, Sarawak 0.70, Terengganu dan Johor masing-masing 0.69, Kedah 0.68, Pahang 0.64 dan Kelantan 0.61.

Sementara itu Perlis merekodkan 11 kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan enam kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment