3,688 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 26 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,688 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang menunjukkan peningkatan kes berbanding 2,058 semalam. Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini dua orang berbanding enam yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,187,914 dengan jumlah yang meninggal dunia pula 1,333 orang, Menurut MoH, daripada jumlah kes baharu itu p, sebanyak 3,633 adalah jangkitan tempatan dan 55 kes import. Sebanyak 3,331 kes baharu Protokol 2 direkodkan, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh…

Read More

Kuota haji Singapura 407 jemaah

SINGAPURA 26 April – Singapura diberi kuota 407 orang jemaah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini selepas dua tahun dibekukan akibat pandemik Covid-19. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjelaskan jumlah itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi sebelumnya sebanyak 900 jemaah.  Dalam kenyataannya, MUIS memaklumkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (KSA) mengehadkan kepada sejuta jemaah termasuk 850,000 jemaah antarabangsa. Setiap negara diperuntukkan sekurang-kurangnya 45 peratus kuota prapandemik rasmi yang sebelumnya ditetapkan. KSA juga mengumumkan haji tahun ini akan diperuntukkan bagi jemaah berusia di bawah 65 tahun, yang harus lengkap…

Read More

136 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 26 April – Brunei Darussalam merekodkan 136 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,405 kes. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 118 adalah hasil Ujian ART dan 18 kes adalah hasil daripada 597 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Satu kes dalam Kategori…

Read More

Thailand catat 13,816 kes baharu

BANGKOK 26 April – Thailand merekodkan 13,816 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kurang sedikit berbanding 14,994 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,180,868. Daripada jumlah itu, 13,758 melibatkan penduduk awam, seorang penghuni penjara dan 57 ketibaan dari negara luar termasuk dari United Kingdom, Jerman dan Singapura. Dalam tempoh yang sama, 120 kematian direkodkan berbanding 124 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,019. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 7,009 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan 20,825. Semalam, sebanyak 167,124 orang…

Read More

Larang 3 kategori mikromobiliti di jalan raya

PUTRAJAYA 26 April – Kementerian Pengangkutan melarang penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti merangkumi tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong. Tiga kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta. Wee berkata larangan terhadap tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021. Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan adalah membahayakan bukan sahaja kepada pengguna kenderaan…

Read More

Veklury untuk kanak-kanak

LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS)  meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti Covid-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas. Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk. Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan Covid-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun. Sebelum ini Veklury hanya diluluskan untuk merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40 kg.…

Read More

Wanita tertua meninggal dunia

WANITA tertua di dunia, Kane Tanaka, 119 tahun dilapor meninggal dunia pada 19 April lalu, demikian menurut Guinness World Records dalam kenyataan di laman web rasminya. Sebelum ini Tanaka mengalami beberapa masalah kesihatan yang memaksanya “dikejarkan ke hospital beberapa kali”, jelas ahli keluarganya dalam catatan di akaun Twitter seminggu sebelum mendiang meninggal dunia. Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, tahun yang sama adik-beradik Wright menerbangkan kapal terbang pertama dunia. Pada Januari 1922, mendiang berkahwin dengan Hideo Tanaka dan pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak Semasa Hideo berkhidmat sebagai anggota tentera…

Read More

Solat Aidilfitri di tempat terbuka

IPOH 26 April – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan Solat Sunat Aidilfitri di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan perumahan di negeri itu tanpa penjarakan fizikal pada 1 Syawal. Hidangan  jamuan Aidilfitri di masjid dan surau secara terbuka atau bufet serta aktiviti ziarah kubur juga dibenarkan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar Zaini, berkata baginda bertitah,  penganjur solat perlu memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat. “Solat Sunat Aidilfitri…

Read More