24 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 15 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 24 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 32,149 orang, daripada 3.04 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 11 daripada 24 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak yang ada antaranya meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 168,447 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 155,866 individu atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,963 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,419 kes di hospital dan 199 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 84 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 115 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment