736,114 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 26 April – Sebanyak 24,818 lagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun mendapatkan dos kedua semalam menjadikan 736,114 atau 20.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi.

Pada masa sama, 6,791 mendapat dos pertama semalam menjadikan 1,497,935 kanak-kanak atau 42.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Ccovid-19 Kebangsaan (PICKids).

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 2,888,431 individu atau 92.8 peratus

remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sudah lengkap vaksinasi manakala 2,987,570 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,014,864 individu dewasa atau 68.1 peratus sudah menerima dos penggalak manakala 22,964,800 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,481 atau 98.8 peratus sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,691 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 7,678 dos pertama, 26,489 dos kedua dan 4,524 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,118,091.

Related posts

Leave a Comment