141 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 23 April – Brunei Darussalam merekodkan 141 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,014 dengan jumlah kematian kekal 95 orang. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 122  adalah hasil Ujian ART dan 19 kes adalah hasil daripada 767 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif…

Read More

Pelitup muka longgar atau ‘hapus’

SEREMBAN 23 April – Menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini, akan diketahui sama ada tiga prosedur operasi standard (SOP) utama dilonggar atau ditarik balik. Tiga SOP itu adalah pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan ujian saringan pantas antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang. Pada Isnin lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau akan membuat pengumuman penting berkaitan sambutan berkenaan. “Minggu depan saya akan umumkan update berkenaan sambutan hari raya. Jeng, jeng, jeng,” ujarnya menerusi aplikasi TikTok. Hari ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata…

Read More

Ambil dos penggalak sebelum hari raya

KUALA LUMPUR 23 April – Menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan, rakyat  Malaysia yang masih belum mendapatkan dos penggalak dinasihatkan p berbuat demikian secepat mungkin. Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, kemunculan beberapa varian baharu menyebabkan wujudnya keperluan untuk mendapatkan dos penggalak. “Kita sekarang sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan ini adalah disebabkan penerimaan vaksin di kalangan sebahagian besar daripada kita, membuatkan kita terlindung. “Walaupun dijangkiti, ia adalah jangkitan ringan. Dalam konteks semasa, dengan adanya varian Omicron dan beberapa varian…

Read More

Bella punyai keyakinan diri

SEREMBAN 23 April – “Bella semakin sihat dan sudah banyak berubah. Beliau sudah mempunyai keyakinan diri yang tinggi,” kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob selepas meluangkan masa menyantuni remaja Sindrom Down berusia 13 tahun itu. Bella ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, sejak Julai 2021. “Daripada pemerhatian saya tadi, Bella dalam keadaan normal dan tiada lagi gangguan emosi seperti mana ketika dia mula-mula masuk. Malah kecederaannya pun sudah pulih sedia kala,” katanya. Menurut Ismail Sabri, ketika dibawa melawat ke tiga asrama, Bella yang…

Read More

Fasa awal endemik Brunei dilanjut

BERAKAS 23 April – Fasa Awal Endemik (Early Endemic Phase) di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan Covid-19 akan dilanjutkan lagi selama satu bulan bermula Ahad, 1 Mei 2022 hingga Selasa, 31 Mei 2022. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Brunei Darussalam Dr. Abu Bakar Apong berkata, langkah itu mengambil kira keadaan jangkitan harian Covid-19 untuk menjadi lebih stabil serta meningkatkan kadar vaksinasi termasuk dos ketiga (dewasa dan remaja). Begitu juga kadar vaksinasi kanak-kanak; memastikan keadaan adalah stabil setelah persekolahan dibuka dan para pekerja kembali bertugas sepenuhnya di pejabat masing-masing; serta…

Read More

20,052 kes baharu Thailand

BANGKOK 23 April – Thailand merekodkan 20,052 kes baharu Covid-19 dan 129 kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 21,808 kes serta 128 kematian yang dilaporkan semalam, Jumaat. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,972 adalah jangkitan tempatan, 32 dalam kalangan penghuni penjara dan 48 adalah Kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,148,090 dan 27,649 kematian. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 22,361 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 3,932,099 orang. Setakat Jumaat, sebanyak 188,342 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 45,847 di…

Read More

Lakukan ART sebelum berhari raya

BERAKAS 23 April – Brunei Darussalam membenarkan kunjung mengunjung ‘bersyarat’ semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini termasuk melakukan Ujian Pantas Antigen (ART) sebelum berkunjung ke rumah ahli keluarga terdekat. Bagi sesiapa yang mempunyai keputusan positif hendaklah melaporkannya ke aplikasi BruHealth dan mengasingkan diri di rumah. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr. Abu Bakar  Apong pada sidang media semalam berkata, acara persendirian di rumah dibenarkan untuk keluarga terdekat mengikut kapasiti perkumpulan ramai yang dibenarkan, iaitu maksima 30 orang tetamu Bagi acara di dewan pula, maksima 300 orang dengan mematuhi garis panduan…

Read More

Lebih separuh kes baharu di Selangor

PUTRAJAYA 23 April – Selangor mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 3,819 kes berbanding jumlah keseluruhan negara semalam sebanyak 6,342 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,421,443 individu sudah dijangkiti virus itu. Selain Selangor, kes baharu Covid-19 turut dilaporkan di Kuala Lumpur dengan 716 kes baharu, diikuti Negeri Sembilan (344), Perak (343), Pulau Pinang (223), Sabah (149), Sarawak (142), Johor (134) dan Melaka (124). Pertambahan kes baharu turut disumbangkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 105 kes baharu, Kedah…

Read More