20,052 kes baharu Thailand

BANGKOK 23 April – Thailand merekodkan 20,052 kes baharu Covid-19 dan 129 kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 21,808 kes serta 128 kematian yang dilaporkan semalam, Jumaat.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,972 adalah jangkitan tempatan, 32 dalam kalangan penghuni penjara dan 48 adalah Kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,148,090 dan 27,649 kematian.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 22,361 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 3,932,099 orang.

Setakat Jumaat, sebanyak 188,342 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 45,847 di hospital di mana 1,962 pesakit dalam keadaan kritikal, dan 921 yang bergantung kepada ventilator.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia antara satu tahun hingga 102 tahun yang terdiri daripada 70 lelaki dan 59 wanita.

Related posts

Leave a Comment