Ambil dos penggalak sebelum hari raya

KUALA LUMPUR 23 April – Menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan, rakyat  Malaysia yang masih belum mendapatkan dos penggalak dinasihatkan p berbuat demikian secepat mungkin.

Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, kemunculan beberapa varian baharu menyebabkan wujudnya keperluan untuk mendapatkan dos penggalak.

“Kita sekarang sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan ini adalah disebabkan penerimaan vaksin di kalangan sebahagian besar daripada kita, membuatkan kita terlindung.

“Walaupun dijangkiti, ia adalah jangkitan ringan. Dalam konteks semasa, dengan adanya varian Omicron dan beberapa varian lain, vaksin adalah satu perisai penting untuk kita.

Ia penting terutamanya ketika berhadapan sambutan hari raya nanti dan mereka yang akan kita ziarahi pada ketika itu,” katanya dalam Buletin AWANI hari ini.

Mengulas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang mungkin diumumkan dalam masa terdekat, beliau menjangka ia akan berkisar kepada pemakaian pelitup muka dan jumlah orang dalam satu majlis.

“Dengan data semasa, penurunan kes dan pertambahan penerima vaksin dan juga kadar penularan sekarang yang dalam lingkungan terkawal, saya jangka SOP pemakaian pelitup muka akan dilonggarkan.

“Dalam hadapi hidup seharian, mungkin kita akan ikut prosedur seperti beberapa negara lain seperti Singapura dan negara lain.

“Selain itu, saya jangka SOP berhubung jumlah individu dalam satu majlis juga akan dilonggarkan,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment