Fasa awal endemik Brunei dilanjut

BERAKAS 23 April – Fasa Awal Endemik (Early Endemic Phase) di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan Covid-19 akan dilanjutkan lagi selama satu bulan bermula Ahad, 1 Mei 2022 hingga Selasa, 31 Mei 2022.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Brunei Darussalam Dr. Abu Bakar Apong berkata,

langkah itu mengambil kira keadaan jangkitan harian Covid-19 untuk menjadi lebih stabil serta meningkatkan kadar vaksinasi termasuk dos ketiga (dewasa dan remaja).

Begitu juga kadar vaksinasi kanak-kanak; memastikan keadaan adalah stabil setelah persekolahan dibuka dan para pekerja kembali bertugas sepenuhnya di pejabat masing-masing; serta pengemaskinian garis panduan rentas sempadan.

Berikutan itu, orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan.

Orang ramai juga diingatkan untuk menjaga penjarakan fizikal, memastikan jumlah kapasiti yang dihadkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan, menggunakan aplikasi BruHealth secara mandatori, malah penggunaan ART digalakkan sebelum memasuki premis-premis, termasuk memastikan aliran pengudaraan yang baik.

 Sementara itu semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk mereka yang bertugas di kaunter perkhidmatan dan sebagai petugas barisan hadapan dikehendaki kembali bertugas secara fizikal bermula, 25 April ini.

 Arahan itu tanpa mengira status vaksinasi masing-masing (kecuali yang mempunyai Kod BruHealth berwarna Ungu).

Related posts

Leave a Comment