Lakukan ART sebelum berhari raya

BERAKAS 23 April – Brunei Darussalam membenarkan kunjung mengunjung ‘bersyarat’ semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini termasuk melakukan Ujian Pantas Antigen (ART) sebelum berkunjung ke rumah ahli keluarga terdekat.

Bagi sesiapa yang mempunyai keputusan positif hendaklah melaporkannya ke aplikasi BruHealth dan mengasingkan diri di rumah.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr. Abu Bakar  Apong pada sidang media semalam berkata, acara persendirian di rumah dibenarkan untuk keluarga terdekat mengikut kapasiti perkumpulan ramai yang dibenarkan, iaitu maksima 30 orang tetamu

Bagi acara di dewan pula, maksima 300 orang dengan mematuhi garis panduan kesihatan yang ditetapkan.

 Selain ART pengunjung juga perlu sentiasa memakai pelitup muka kecuali semasa makan dan minum; kerap mencuci tangan atau menggunakan ‘hand sanitiser’ manakala kunjung-mengunjungi secara beramai-ramai atau berkumpulan serta bersalam-salaman adalah tidak digalakkan.

 Orang ramai juga diminta peka dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi antara satu dengan yang lain, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas.

Related posts

Leave a Comment