141 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 23 April – Brunei Darussalam merekodkan 141 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,014 dengan jumlah kematian kekal 95 orang.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 122  adalah hasil Ujian ART dan 19 kes adalah hasil daripada 767 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Tiada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 201 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 139,724 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,072 kes, iaitu 23 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,095 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 175 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan 14,816 orang atau 34.5 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Bagi penduduk dewasa pula jumlah yang menerima tiga dos adalah kekal 63.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment