Keutamaan bakal haji 2020, 2021

KUALA LUMPUR 21 April – Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberi keutamaan kepada bakal haji yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada tahun 2020, diikuti 2021 serta seterusnya. Pemilihan berdasarkan sistem pendaftaran berasaskan prinsip sebelum ini dalam memenuhi kuota jemaah yang diterima tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Amrin Awaluddin, berkata pihaknya sudah memulakan persiapan awal dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji tahun ini. “Kuota haji ditetapkan Kerajaan Arab Saudi sebelum ini adalah…

Read More

Kuota haji Malaysia 14,306

KUALA LUMPUR 21 April – Kuota haji Malaysia tahun 2022 kurang apabila hanya 14,306 orang atau  45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima sebelum ini kira-kira 31,600 jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, peratusan sama iaitu 45 peratus terpakai kepada semua negara. Katanya, jemaah pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi Covid-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas. Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim…

Read More

21,931 kes baharu Thailand

BANGKOK 21 April  – Thailand hari ini merekodkan 21,931 kes baharu Covid-19 dengan 129 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 4,106,230 dan 27,392 orang meninggal dunia. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 20,455 kes dan 128 meninggal dunia. Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk 20,926 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 42,857. Setakat semalam, sebanyak 188,926 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 49,403 di hospital termasuk 2,021 dalam keadaan kritikal dengan 885 bergantung kepada ventilator. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 24,619 pesakit dilaporkan sembuh…

Read More

181 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 21 April – Brunei Darussalam merekodkan 181 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,723 dengan jumlah kematian kekal 95 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 166  adalah hasil Ujian ART dan 15 kes adalah hasil daripada 468 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dua kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif…

Read More

Tindakan tukar status Baitulmuqaddis

KUALA LUMPUR 21 April – Tindakan rejim Israel yang mencetuskan pelbagai siri keganasan terhadap penduduk Palestin adalah bersandarkan beberapa objektif utama iaitu untuk menukar ‘status quo’ Baitulmuqaddis. Ketua Pegawai Eksekutif Iris Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan Baitulmuqaddis tidak lagi berada di bawah naungan umat Islam. Mereka mengambil kesempatan ini sememangnya untuk mencari sebab melagakan dan mencucuk orang-orang Yahudi, paling ekstrem. Sebenarnya mereka ingin mengubah ‘status quo’ Baitulmuqaddis , ‘status quo’ Masjid Al-Aqsa, supaya tidak lagi berada di bawah naungan dan penjagaan orang-orang Islam.…

Read More

Bella: Jangan sebarang komen

KUALA LUMPUR 21 April – Amaran, jangan sebarang komen. Itu peringatan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi berhubung perbicaraan kes pengabaian dan penderaan membabitkan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella. Izralizam mengeluarkan amaran itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa orang ramai masih membuat hantaran di laman sosial berhubung kes tersebut. Beliau mengeluarkan amaran itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa orang ramai masih membuat hantaran di laman media sosial berhubung kes tersebut. Perkara sama turut dibangkitkan oleh peguam yang dilantik Tunku Mahkota…

Read More

532,317 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 21 April – Sebanyak 41,897 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 semalam menjadikan 532,317 atau 15 peratus daripada populasi itu melengkapkan vaksinasi mereka. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Di samping itu, semalam 5,515…

Read More

Lebih separuh kes bergejala

PUTRAJAYA 21 April – Sebanyak 6,968 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dan daripada jumlah itu 58.60 peratus atau 4,083 kes membabitkan individu bergejala atau kategori dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini seramai 4,409,202 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata, turut mencatatkan pertambahan ialah kategori satu dengan 2,854 kes, kategori lima (12), kategori tiga (11) dan kategori empat (lapan). Secara keseluruhannya, daripada 31 kes dalam kategori tiga hingga lima itu terdapat 19 kes membabitkan individu yang…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.84

PUTRAJAYA 21 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.84 berbanding 0.86 kelmarin. Enam negeri mencatatkan kadar melebihi 0.84 didahului Melaka yang merekodkan kadar 0.89 berbanding 0.88 kelmarin. Ini diikuti Selangor 0.88, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.87, Negeri Sembilan 0.86, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak masing-masing 0.85. Johor merekodkan 0.79, Terengganu 0.77, Pulau Pinang 0.76, Sabah 0.73, Kedah dan Sarawak masing-masing 0.69, Pahang 0.66 dan Kelantan 0.63. Sementara itu Perlis mencatatkan 13 kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak enam kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap…

Read More