Kadar kebolehjangkitan 0.84

PUTRAJAYA 21 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.84 berbanding 0.86 kelmarin.

Enam negeri mencatatkan kadar melebihi 0.84 didahului Melaka yang merekodkan kadar 0.89 berbanding 0.88 kelmarin.

Ini diikuti Selangor 0.88, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.87, Negeri Sembilan 0.86, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak masing-masing 0.85.

Johor merekodkan 0.79, Terengganu 0.77, Pulau Pinang 0.76, Sabah 0.73, Kedah dan Sarawak masing-masing 0.69, Pahang 0.66 dan Kelantan 0.63.

Sementara itu Perlis mencatatkan 13 kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak enam kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment