Keutamaan bakal haji 2020, 2021

KUALA LUMPUR 21 April – Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberi keutamaan kepada bakal haji yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada tahun 2020, diikuti 2021 serta seterusnya.

Pemilihan berdasarkan sistem pendaftaran berasaskan prinsip sebelum ini dalam memenuhi kuota jemaah yang diterima tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Amrin Awaluddin, berkata pihaknya sudah memulakan persiapan awal dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji tahun ini.

“Kuota haji ditetapkan Kerajaan Arab Saudi sebelum ini adalah 0.1 peratus dari jumlah penduduk negara. Pada tahun 2019, kuota haji Malaysia adalah 31,600 orang.

“Namun pada tahun ini ibadat haji hanya dibenarkan untuk 1 juta jemaah sahaja mengambil kira kriteria penjagaan kesihatan, berbanding sekitar 2.5 juta jemaah pada tahun 2019.,” katanya.

Related posts

Leave a Comment