532,317 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 21 April – Sebanyak 41,897 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 semalam menjadikan 532,317 atau 15 peratus daripada populasi itu melengkapkan vaksinasi mereka.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Di samping itu, semalam 5,515 orang tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 15,991,811 individu atau 68 peratus telah menerima dos penggalak.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 22,962,624 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,239,599 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 60,923 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,308 dos pertama, 44,100 dos kedua dan 5,515 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,808,665.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Pulau Pinang merekodkan jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Kedah dan Perak masing-masing tiga kes, Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes masing-masing di Sabah dan Kuala Lumpur.

Related posts

Leave a Comment