Korea Selatan henti sekatan 18 April

SEOUL: Korea Selatan akan menghentikan semua sekatan berkaitan pandemik minggu depan, termasuk perintah berkurung membabitkan kedai makan ketika kes Omicron menunjukkan tanda-tanda berkurangan.

Bagaimanapun, buat masa ini orang ramai tetap diminta memakai pelitup muka buat masa kini.

Perdana Menteri, Kim Boo-kyum, dalam satu mesyuarat berkata, mulai 18 April, sekatan malam terhadap restoran dan perniagaan lain akan dihentikan, bersama dengan had perhimpunan persendirian sehingga 10 orang.

“Memakai pelitup muka masih kekal sebagai langkah penting untuk melindungi diri kita, tidak dapat dielakkan memakai pelitup di kawasan tertutup ini dikekalkan buat tempoh masa yang agak lama,” katanya..

Kerajaan akan menyemak sama ada pemakaian pelitup muka di luar dihentikan berdasarkan keadaan virus itu.

Jumlah kes koronavirus di negara itu dijangka telah melepasi kemuncaknya selepas mencatatat sekitar 62,000 setiap hari pada pertengahan Mac, dengan jangkitan harian kurang daripada 150,000 kes pada Khamis.

Di samping itu kerajaan mengumumkan rancangan memperluas suntikan penggalak Covid-19 kedua bagi warga berusia 60 tahun.

Related posts

Leave a Comment