12% kanak-kanak Orang Asli divaksin

KUALA LUMPUR 16 April – Hanya 12 peratus atau 3,602 kanak-kanak Orang Asli  daripada keseluruhan 29,951 kanak-kanak yang layak untuk divaksin telah divaksinasi setakat 14 April lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata, Perak mendahului dengan 2,738 kanak-kanak dari golongan itu telah divaksin.

Beliau berkata peratusan rendah itu berpunca daripada kebimbangan ibu bapa terhadap kesan sampingan selain faktor penempatan terletak di kawasan pedalaman dan pendedahan yang kurang terhadap kepentingan vaksin untuk anak-

Justeru, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan mewujudkan sebuah pasukan petugas untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

“Bagi tujuan logistik ke kawasan terletak jauh di pedalaman, JAKOA akan meneruskan jalinan kerjasama bersama bomba mahupun pihak Angkatan Tentera Malaysia untuk bantuan helikopter.

Pasukan petugas ini akan digerakkan segera susulan pengumuman KKM mengenai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin pada 15 Mei ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAKOA 2021 dan Majlis Khidmat Bakti 2022 di sini semalam.

Katanya, masyarakat Orang Asli tidak pernah menolak program vaksinasi dijalankan kerajaan dan ini dibuktikan melalui peratusan vaksinasi golongan dewasa masyarakat itu yang melebihi sasaran kebangsaan.

Related posts

Leave a Comment