Penjenayah rasuah licik, berpengetahuan

KUALA LUMPUR 26 April  – Penjenayah rasuah kini semakin licik dan berpengetahuan dalam mengatasi kelemahan undang-undang sedia ada, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Azam Baki. Katanya, era dunia tanpa sempadan dan perkembangan pesat teknologi maklumat menyebabkan tugas membanteras rasuah yang merupakan jenayah yang ‘unik’sifatnya semakin mencabar dan bertambah kompleks. Justeru SPRM turut bergantung kepada media bagi memastikan segala informasi dan mesej anti-rasuah sampai ke setiap lapisan masyarakat di negara ini. “Namun, elakkanlah laporan berat sebelah atau memanipulasi sesuatu isu, kerana sama ada media konvensional atau digital, prinsipnya…

Read More

Zahid, Muhyiddin selesai saman fitnah

KUALA LUMPUR 26 April –  Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah membabitkan mereka. Dalam catatan Facebook masing-masing hari ini, Muhyiddin dan Ahmad Zahid bersetuju menyelesaikan pertikaian peribadi itu selepas mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara terutamanya soal kelangsungan hidup rakyat. “YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Mohd Yassin bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman…

Read More

Kasino : Anwar saran ambil tindakan

SEPANG 26 April – Mana-mana pihak yang dikaitkan dalam laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa kerajaan merancang mengeluarkan lesen pengoperasian kasino di Forest City, Johor, perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita itu, kata Anwar Ibrahim. “Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (MAB), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan mereka, atau mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita berpangkalan…

Read More

Khabar angin kasino ada unsur sabotaj

JOHOR BAHRU 26 April – Kerajaan Johor menegaskan tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini seperti tular di media sosial dan berharap isu terbabit tidak lagi dipanjang dan dimomokkan. Menteri Besar Johor,  Onn Hafiz Ghazi, berkata khabar angin kononnya kasino bakal dibuka di Forest City boleh menjejaskan kerukunan, nama baik Johor dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum. Hakikatnya kata Onn Hafiz dalam satu kenyataan hari ini, sejarah Johor jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di negeri ini sudahpun ditutup. “Yang…

Read More

BERSIH persoal Rumah Terbuka di kawasan PRK

SEPANG 26 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Negeri Selangor di kawasan Pilihan Raya Kecil PRK Dewan Undangan Kuala Kubu Bharu. Jawatankuasa Pemandu BERSIH dalam kenyataannya berkata, penetapan lokasi dan masa penganjuran majlis berkenaan adalah tindakan yang tidak mengikut peraturan kerana ia akan berlangsung di kawasan PRK. BERSIH mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa penganjuran rumah terbuka Aidilfitri itu boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. “Berdasarkan risalah program itu yang kami terima, pelbagai aktiviti…

Read More

Panas: Bangladesh tutup sekolah, kolej

DHAKA: Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 celcius memaksa  kerajaan Bangladesh menutup operasi sekolah dan kolej sehingga Sabtu ini yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu. Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem. Langkah penutupan itu juga selari dengan tindakan India dan Filipina susulan gelombang haba melanda seluruh Asia. Pengarah Save The Children Bangladesh, Shumon Sengupta berkata, penutupan sekolah akibat gelombang haba memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak Bangladesh yang merupakan antara kelompok termiskin di dunia. Sementara itu, ribuan penduduk berkumpul di…

Read More

Cuaca buruk : UAE lulus $AS544 juta

ABU DHABI: Mesyuarat Kabinet Emiriyah Arab Bersatu (UAE) meluluskan pakej bernilai AED2 bilion (AS$544 juta) untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini. Sebuah jawatankuasa menteri ditugaskan untuk menilai kerosakan dan pembayaran pampasan dengan penyelarasan pihak berkuasa persekutuan dan tempatan. Perkara itu diumumkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, yang dipengerusikan Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. “Kami meluluskan peruntukan AED2 bilion untuk membaiki kerosakan kediaman penduduk. Dengan susulan dan sokongan abang saya, Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan,…

Read More

16.5 juta penumpang lalui Changi

SINGAPURA 26 April – Kira-kira 16.5 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi Singapura pada suku pertama tahun ini, melepasi paras sebelum pandemik, demikian menurut Changi Airport Group (CAG). Dalam satu kenyataan, CAG memaklumkan lapangan terbang itu menguruskan 5.43 juta penumpang pada Januari, 5.35 juta pada Februari dan 5.73 juta pada Mac. Perangkaan ini adalah masing-masing 96 peratus, 104.3 peratus dan 101.7 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada 2019 sebelum pandemik, di mana jumlah pergerakan penumpang melepasi perangkaan pada suku pertama 2019 dengan sebanyak 0.5 peratus. Sejumlah 89,400 pesawat…

Read More