MT UMNO calon Ismail Sabri PM PRU-15

KUALA LUMPUR 14 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan untuk Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini. “Mesyuarat MKT pada petang tadi membuat beberapa ketetapan, termasuk mengenai kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH). MoU yang akan berakhir 31 Julai depan itu diputuskan tidak akan diteruskan lagi. “Selain itu, pembentangan…

Read More

Malaysia lepasi kemuncak Omicron

KUALA LUMPUR 14 April – Malaysia sudah melepasi kemuncak varian Omicron, selari dengan unjuran Kementerian Kesihatan iaitu pada penghujung Mac lepas, kata menterinya, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata,, selepas dua minggu memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lepas, keadaan jangkitan Covid-19 di negara ini terus stabil, termasuk penurunan kadar kematian, kes aktif, serta kadar kebolehjangkitan (RT). Biar pun lebih banyak kelonggaran ketika ini, beliau mengingatkan bahawa masih terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan Covid-19 terus stabil. Katanya, setelah dua minggu,  beberapa kelonggaran dan…

Read More

Syor dos penggalak kedua

KUALA LUMPUR 14 April – Tidak wajib tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan golongan berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi untuk mendapat dos penggalak kedua. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, saranan itu adalah berdasarkan nasihat Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), selepas mereka meneliti kajian saintifik, kajian kohort, serta amalan di negara-negara lain. Katanya, berdasarkan kajian tersebut, ia menunjukkan individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetis, berisiko lebih tinggi untuk mendapat gejala serius dan kematian dalam…

Read More

Brunei Darussalam catat 187 kes

BERAKAS 14 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun lagi hari ini dengan merekodkan 187 berbanding 217 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 139,465. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 161 adalah hasil Ujian ART dan 26 kes adalah hasil daripada 752 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).…

Read More

15.9 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 14 April – Seramai 15,950,859 individu atau 67.8 peratus populasi dewasa menerima dos penggalak setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Menurut laman web COVIDNOW, bagi populasi yang sama, sebanyak 22,959,339 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, selain 23,236,086 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam tempoh yang sama, seramai 229,615 atau 6.5 peratus, kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah lengkap divaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Seramai 1,374,520 lagi kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin…

Read More

Aidilfitri: 2 juta kenderaan di lebuh raya

PETALING JAYA 14 April – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganggarkan jumlah trafik meningkat 25 peratus kepada dua juta kenderaan bermula 29 April hingga 9 Mei ini berbanding 1.6 juta sehari ketika ini. Pengarah Urusan PLUS, Azman Ismail, berkata bagi mengelakkan terperangkap dalam perjalanan ke destinasi masing-masing sempena Aidilfitri, orang ramai perlu merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal. Katanya, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pergi dan balik ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini. Pasukan Operasi Lebuhraya…

Read More

Kembali kepada lima angka

PUTRAJAYA 14 April – Selepas tiga hari bertahan dengan empat angka, Malaysia kembali mencatatkan lima angka dengan 10,052 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,352,611. Rekod tiga hari sebelum ini adalah 9,002 (12 April), 7,739 (11 April), 8,112 (10 April) dan sebelum itu 10,177 (9 April). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 10,031 daripada kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan dan 21 kes import manakala bilangan kes aktif setakat tengah malam tadi adalah sebanyak 120,593. Daripada jumlah itu, 9,987 kes (99.35%) adalah…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 14 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam, naik kepada 0.85 berbanding 0.84 kelmarin. Bagaimanapun Selangor yang masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan kadar sama seperti kelmarin iaitu 0.93 sementara Negeri Sembilan menyamai kadar kebangsaan iaitu 0.85. Perak pula kekal 0.82 untuk tiga hari berturut-turut diikuti  Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.82,  Terengganu 0.80,  Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing kekal dengan 0.79 dan Melaka juga kekal 0.78. Sabah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.74, Pahang 0.73, Sarawak 0.70, Kedah 0.68,…

Read More