Brunei Darussalam catat 187 kes

BERAKAS 14 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun lagi hari ini dengan merekodkan 187 berbanding 217 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 139,465.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 161 adalah hasil Ujian ART dan 26 kes adalah hasil daripada 752 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tiada kes kategori 4.

Sebanyak 521 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 137,184 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 2,064 kes, iaitu 43 kes sedang dirawat di hospital, manakala 2,021 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 671 lagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah diberi vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,239 orang atau 19.2 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Related posts

Leave a Comment