Aidilfitri: 2 juta kenderaan di lebuh raya

PETALING JAYA 14 April – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganggarkan jumlah trafik meningkat 25 peratus kepada dua juta kenderaan bermula 29 April hingga 9 Mei ini berbanding 1.6 juta sehari ketika ini.

Pengarah Urusan PLUS, Azman Ismail, berkata bagi mengelakkan terperangkap dalam perjalanan ke destinasi masing-masing sempena Aidilfitri, orang ramai perlu merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal.

Katanya, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pergi dan balik ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini.

Pasukan Operasi Lebuhraya PLUS juga telah bersiap-siaga dan bersedia membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

“Ia membabitkan pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuh raya akan diumumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Related posts

Leave a Comment