Kadar kebolehjangkitan 0.85

PUTRAJAYA 14 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam, naik kepada 0.85 berbanding 0.84 kelmarin.

Bagaimanapun Selangor yang masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan kadar sama seperti kelmarin iaitu 0.93 sementara Negeri Sembilan menyamai kadar kebangsaan iaitu 0.85.

Perak pula kekal 0.82 untuk tiga hari berturut-turut diikuti  Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.82,  Terengganu 0.80,  Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing kekal dengan 0.79 dan Melaka juga kekal 0.78.

Sabah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.74, Pahang 0.73, Sarawak 0.70, Kedah 0.68, Kelantan 0.64.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 15 kes dan Perlis 16 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment