Kematian tiada kaitan dengan vaksin

PUTRAJAYA 14 April – Penilaian Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) terhadap 460 laporan kematian diterima mengenai Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) serius, mendapati tiada kes berkenaan yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin Covid-19. Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Roshayati Mohamad Sani, berkata ia adalah sebahagian daripada keseluruhan 610 laporan AEFI serius membabitkan kematian dalam kalangan penerima vaksin berkenaan. Katanya, sebanyak 460 laporan itu sudah selesai melalui proses penyiasatan oleh JFK, termasuk 57 kematian dalam kalangan penerima dos penggalak. Sebanyak 150 laporan masih…

Read More

8 juta liter Zamzam diedar

RIYADH: Lapan juta liter air Zamzam diedarkan kepada pengunjung Masjidilharam Makkah dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan. Jumlah itu termasuk air yang dibotolkan, 25,000 tong yang diletakkan sekitar masjid, serta melalui kereta pintar dan petugas masjid. Sementara itu satu juta makanan berbuka puasa diedarkan di Masjidilharam dalam tempoh 10 hari itu. Pelbagai organisasi dan agensi kerajaan bersama mengedarkan makanan. Kira-kira 8,000 orang bertugas membahagikan makanan yang mengandungi air, kurma, jus, kek dan roti.

Read More

Daftar masuk MySejahtera merosot

PUTRAJAYA 13 April  – Jumlah individu yang menggunakan fungsi daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera terus mencatatkan pengurangan ketara apabila menurun lebih 30 peratus, atau sekitar 8.6 juta pengguna. Penurunan itu dicatatkan sejak 25 Mac lalu, iaitu sehari selepas pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, yang menimbulkan persoalan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera serta ketelusan dalam pembangunan aplikasi itu. Data di portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, penurunan penggunaan MySejahtera itu direkodkan di semua negeri dan wilayah, dengan kadar penurunan antara 26 hingga 49 peratus. Jumlah daftar masuk yang…

Read More

23,015 kes baharu di Thailand

BANGKOK 13 April – Thailand merekodkan 23,015 kes baharu Covid-19 dan 106 kematian dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 19,982 kes dan 101 orang meninggal dunia. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,948,869 dan 26,395 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 22,920 adalah jangkitan tempatan dan 95 lagi kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan mereka yang berumur antara empat tahun hingga 107 dengan purata umur 74, yang terdiri daripada seorang warga Myanmar, dan Kemboja sementara yang lain warga…

Read More

Keterlaluan walaupun sebuah satira

CYBERJAYA 13 April – Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa tidak bersetuju dengan potret melakarkan suasana dalam Parlimen yang ahlinya dilukis terdiri daripada spesies primat dan amfibia dan hanya Speaker serta pegawai Parlimen digambarkan sebagai manusia. Beliau menyifatkan menghukum semua ahli Dewan Rakyat sebagai beruk, kera dan monyet adalah keterlaluan biarpun atas piawaian sebuah satira. “Sebagai seorang Ahli Parlimen Muslim, saya turut protes satira politik ini kerana ia melanggar etika dan adab berpandukan nilai-nilai dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. “Surah Hujurat ayat ke-11 jelas melarang mencemuh dan merendah-rendahkan…

Read More

Maaf! Johnson enggan letak jawatan

PERDANA Menteri Britain Boris Johnson memohon maaf selepas didenda kerana menghadiri parti hari jadi kelahirannya di Downing Street pada 19 Jun tahun lalu, ketika pandemik Covid-19 melanda. Beliau bagaimanapun enggan meletak jawatan dan menafikan sebarang salah laku serta mendakwa beliau tidak menyedari telah melanggar peraturan kerajaan. “Hari ini, saya telah menerima notis penalti tetap daripada Polis Metropolitan berkaitan dengan acara di Downing Street pada 19 Jun 2020 dan izinkan saya memberitahu bahawa saya telah membayar denda itu dan saya sekali lagi memohon maaf sepenuhnya. “Terdapat perhimpunan ringkas di Bilik Kabinet…

Read More

217 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 13 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun lagi hari ini dengan merekodkan 217 kes berbanding 250 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 139,278. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 207 adalah hasil Ujian ART dan 10 kes adalah hasil daripada 434 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit…

Read More

Kekuatan DAP hasil usaha Kit Siang

KUALA LUMPUR 13 April – Kekuatan DAP pada hari ini adalah hasil titik peluh Lim Kit Siang yang membina asas yang kuat untuk parti sejak tahun 1966, kata Setiausaha Agung keenam parti itu, Anthony Loke Siew Fook. Katanya, bekas Setiausaha Agung DAP (selama 30 tahun) itu tidak pernah berputus asa mahupun mengalah dalam perjuangan untuk membina kekuatan parti dalam keadaan yang begitu sukar. “Bayangkan, 50 tahun yang lalu iaitu, keadaan pada ketika itu tentulah amat mencabar untuk kerja-kerja pengembangan parti di seluruh negara,” katanya. Kit Siang bukan sahaja berhadapan keadaan…

Read More

Kit Siang tolak jadi mentor DAP

PETALING JAYA 13 April – Veteran DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian untuk bersara daripada kepemimpinan parti sekaligus menolak tawaran untuk menjadi “mentor” parti itu yang diasaskannya lebih 50 tahun lalu. Sambil mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Tertinggi Parti (JTP) dan Setiausaha Agung Anthony Loke atas cdangan pelantikan itu, beliau akan terus menyokong kepemimpinan baharu parti. Berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin dan ahli Parlimen DAP malam tadi, Kit Siang berkata, beliau sentiasa bersedia memberikan pandangan dan nasihat mengenai masa depan Malaysia serta hala tuju baharu DAP. Bagaimanapun katanya…

Read More

Kes jangkitan naik semula

PUTRAJAYA 13 April – Selepas tiga hari menunjukkan trend penurunan, angka jjangkitan Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan apabila 9,002 kes baharu dilaporkan berbanding 7,739 kes kelmarin. Bagaimanapun, ia masih kekal bawah lima digit untuk hari ketiga berturut-turut sejak Ahad lalu, kira-kira dua minggu selepas negara berada dalam fasa peralihan ke endemik. Berikutan pertambahan kes baharu semalam, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 4,342,559. Berdasarkan data dalam laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 8,950 jangkitan baharu adalah penularan tempatan, manakala 52 lagi kes import dengan 126,455 kes aktif di mana 123,341 individu…

Read More