23,015 kes baharu di Thailand

BANGKOK 13 April – Thailand merekodkan 23,015 kes baharu Covid-19 dan 106 kematian dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 19,982 kes dan 101 orang meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,948,869 dan

26,395 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 22,920 adalah jangkitan tempatan dan 95 lagi kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan mereka yang berumur antara empat tahun hingga 107 dengan purata umur 74, yang terdiri daripada seorang warga Myanmar, dan Kemboja sementara yang lain warga Thai.

Mengenai kes import, sebanyak 95 kes melibatkan ketibaan dari 23 negara termasuk 16 dari Arab Saudi, 15 daripadanya warga Thai, diikuti 15 dari United Kingdom dan  10 dari Jerman.

Bangkok terus mendahului dengan 2,932 kes diikuti Nonthaburi 1,082, Khon Kaen

994, Chon Buri 981 dan Samut Prakan 712.

Related posts

Leave a Comment