217 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 13 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun lagi hari ini dengan merekodkan 217 kes berbanding 250 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 139,278.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 207 adalah hasil Ujian ART dan 10 kes adalah hasil daripada 434 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tiada kes kategori 4.

Sebanyak 350 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 136,663 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 2,399 kes, iaitu 48 kes sedang dirawat di hospital, manakala 2,351 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 757 lagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah diberi vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 7,568 orang atau 17.6 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Related posts

Leave a Comment