8 juta liter Zamzam diedar

RIYADH: Lapan juta liter air Zamzam diedarkan kepada pengunjung Masjidilharam Makkah dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan.

Jumlah itu termasuk air yang dibotolkan, 25,000 tong yang diletakkan sekitar masjid, serta melalui kereta pintar dan petugas masjid.

Sementara itu satu juta makanan berbuka puasa diedarkan di Masjidilharam dalam tempoh 10 hari itu.

Pelbagai organisasi dan agensi kerajaan bersama mengedarkan makanan.

Kira-kira 8,000 orang bertugas membahagikan makanan yang mengandungi air, kurma, jus, kek dan roti.

Related posts

Leave a Comment