Omicron XE di Thailand

BANGKOK 5 April – Thailand melaporkan kes pertama Omicron XE, gabungan dua versi bagi varian Omicron terdahulu, demikian lapor Pusat Genomik Perubatan, Hospital Ramathibodi. Penemuan XE, gabungan mutan dari varian BA.1 dan BA.2, sudah dilaporkan oleh sejurus selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai subvarian itu. Dalam catatan di laman Facebooknya, pusat itu memaklumkan rekombinan XE ditemui melalui penjujukan genomik sampel calitan yang diambil daripada pesakit. Katanya, rekombinan XE itu bukanlah varian Deltacron, sebaliknya adalah sesuatu yang baharu. WHO memberi amaran bahawa XE boleh menjadi strain paling mudah menular…

Read More

Thailand rekod 21,088 kes baharu

BANGKOK 5 April – Thailand merekodkan 21,088 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan penurunan berbanding 24,892 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,757,575 Jumlah kes harian itu tidak termasuk 10,884 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabung membawa kepada 31,972 kes. Sebanyak 91 lagi individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam melibatkan mereka yang berumur antara lima bulan sehingga usia 96 tahun termasuk warganegara Myanmar menjadikan jumlah keseluruhan 25,603 kematian. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,286 diikuti Chon Buri 1,076, Nonthaburi 925,…

Read More

2 juta penjawat awam dapat RM500

PUTRAJAYA 5 April – Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini. Bantuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih…

Read More

447 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 5 April – Jumlah kes jangkitan harian baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 447 kes berbanding 400 yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 136,821. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada 447  kes itu, 425 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth dan 22 lagi adalah dari 485 hasil Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh 24 jam. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau memberitahu, satu kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian Covid-19. Beliau juga memaklumkan, 773 …

Read More

99 % di dunia hirup udara bahan pencemar

GENEVA : Kira-kira 99 peratus penduduk bumi menghirup udara yang mengandungi terlalu banyak bahan pencemar, demikian menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam. WHO turut menyatakan kualiti udara yang buruk menjadi penyebab berjuta-juta kematian setiap tahun. Kajian WHO menyediakan data kualiti udara daripada lebih 6,000 bandar dan pekan di 117 negara di dunia. Data baharu itu menunjukkan bahawa setiap sudut dunia sedang berhadapan dengan pencemaran udara, walaupun masalahnya lebih teruk di negara miskin. “Hampir keseluruhan penduduk global atau 99 peratus menghirup udara yang melebihi had kualiti udara WHO dan ia…

Read More

22,476 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 5 April – Sebanyak 22,476 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Semalam 6,793 tampil mengambil dos kedua dan pada masa yang sama, 1,810 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan 1,351,441 daripada populasi yang sama atau 38 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 15,862,983 individu dewasa atau 67.4 peratus daripada populasi itu di negara ini telah menerima dos penggalak termasuk 11,296 individu semalam. Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,955,496 individu atau…

Read More

Merapatkan saf atau rapat sejadah?

MANA satu – rapat saf atau rapat sejadah? Begitulah persoalan yang timbul apabila semua negeri membenarkan solat jemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal atau dalam erti kata lain merapatkan saf. Selepas dua tahun ‘hidup dalam penjarakan’ termasuk ketika solat, tahun 2022 membawa perkhabaran gembira apabila jarak fizikal 1.5 meter ketika solat (malahan lebih jauh sebelum itu) dipendekkan kepada 1 meter dan sekarang lebih ‘rapat’. Ini satu perkembangan yang baik, kata orang lebih baik ada daripada tiada kerana keadaan kembali normal dan masjid serta surau mempunyai ‘ruang’ solat lebih…

Read More

Selangor terus mendahului kes harian

PUTRAJAYA 5 April – Selangor terus kekal mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 5,791 semalam, berkurangan berbanding 7,613 yang dilaporkan kelmarin. Ini diikuti Negeri Sembilan sebanyak 586 kes, Johor (489), Kuala Lumpur (481),  Pulau Pinang  (414), Perak (403), Kedah (338), Sarawak (328), Pahang (306), Terengganu (238) dan Sabah (140). Tiga negeri merekodkan di bawah 100 kes iaitu Putrajaya (46) dan masing-masing 20 kes dilaporkan di Perlis dan Labuan. Sementara itu, mengenai kes kematian semalam, data dalam COVIDNOW menunjukkan sebanyak 28 individu direkodkan meninggal dunia menjadikan sehingga kini…

Read More

Kes harian turun lagi

PUTRAJAYA 5 April – Selama empat hari berturut-turut selepas memasuki fasa peralihan endemik,  kes baharu Covid-19  menunjukkan trend menurun iaitu sebanyak 10,002 kes semalam. Kelmarin jumlah kes yang direkodkan adalah 12,380 dan sebelumnya 14,692 (2 April) dan 17,476 (1 April) berbanding 18,560 pada 31 Mac. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu yang dikesan semalam itu sebanyak 9,904 adalah kes penularan tempatan dengan 98 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini adalah sebanyak 4,256,469 individu…

Read More