22,476 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 5 April – Sebanyak 22,476 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Semalam 6,793 tampil mengambil dos kedua dan pada masa yang sama, 1,810 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan 1,351,441 daripada populasi yang sama atau 38 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 15,862,983 individu dewasa atau 67.4 peratus daripada populasi itu di negara ini telah menerima dos penggalak termasuk 11,296 individu semalam.

Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,955,496 individu atau 97.6 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 23,231,190 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,854,727 individu atau 91.8 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,995 individu atau 94.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,081 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,630 dos pertama, 8,155 dos kedua dan 11,296 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,016,063 dos.

Related posts

Leave a Comment