Omicron XE di Thailand

BANGKOK 5 April – Thailand melaporkan kes pertama Omicron XE, gabungan dua versi bagi varian Omicron terdahulu, demikian lapor Pusat Genomik Perubatan, Hospital Ramathibodi.

Penemuan XE, gabungan mutan dari varian BA.1 dan BA.2, sudah dilaporkan oleh sejurus selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai subvarian itu.

Dalam catatan di laman Facebooknya, pusat itu memaklumkan rekombinan XE ditemui melalui penjujukan genomik sampel calitan yang diambil daripada pesakit.

Katanya, rekombinan XE itu bukanlah varian Deltacron, sebaliknya adalah sesuatu yang baharu.

WHO memberi amaran bahawa XE boleh menjadi strain paling mudah menular bagi Covid-19 baharu biarpun tahap keseriusan kesannya masih disiasat.

Memetik maklumat daripada WHO, pusat itu berkata satu lagi varian baharu, Deltacron, hibrid daripada strain Delta dan Omicron, tidak merebak dengan cepat atau menyebabkan gejala teruk berikutan penemuan kes lain yang tidak disahkan melalui Genotaip Massarray.

Omicron XE pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) pada 19 Januari lalu dan lebih daripada 600 jujukan sudah dilaporkan, sebelum penemuannya disahkan.

Omicron XE adalah 10 peratus lebih mudah menukar daripada BA.2 dan 43 peratus lebih mudah menukar daripada Omicron asal (B.1.1.529).

Related posts

Leave a Comment