447 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 5 April – Jumlah kes jangkitan harian baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 447 kes berbanding 400 yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 136,821.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada 447  kes itu, 425 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth dan 22 lagi adalah dari 485 hasil Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau memberitahu, satu kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian Covid-19.

Beliau juga memaklumkan, 773  kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa kepada jumlah pesakit pulih 133,494 manakala jumlah kes aktif sebanyak 3,113.

Sebanyak 60 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 3,053 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment