Thailand rekod 21,088 kes baharu

BANGKOK 5 April – Thailand merekodkan 21,088 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan penurunan berbanding 24,892 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,757,575

Jumlah kes harian itu tidak termasuk 10,884 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabung membawa kepada 31,972 kes.

Sebanyak 91 lagi individu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam melibatkan mereka yang berumur antara lima bulan sehingga usia 96 tahun termasuk warganegara Myanmar menjadikan jumlah keseluruhan 25,603 kematian.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,286 diikuti Chon Buri 1,076,

Nonthaburi 925, Samut Prakan 884, Nakhon Si Thamnarat 679, Samut Sakhon,

629, Nakhon Pathom 583, Buri Ram 518, Rayong 517 dan Songkhla 491.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari 22 negara termasuk 26 dari United Kingdom, 12 Kemboja, sembilan dari Arab Saudi, tujuh dari Jerman dan empat dari Finland.

Pada Isnin sebanyak 250,145 orang mendapatkan rawatan iaitu 64,048 di hospital termasuk 1,862 kes serius di mana 781 memerlukan bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 27,519 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,481,827 orang.

Related posts

Leave a Comment