Selangor terus mendahului kes harian

PUTRAJAYA 5 April – Selangor terus kekal mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 5,791 semalam, berkurangan berbanding 7,613 yang dilaporkan kelmarin.

Ini diikuti Negeri Sembilan sebanyak 586 kes, Johor (489), Kuala Lumpur (481),  Pulau Pinang  (414), Perak (403), Kedah (338), Sarawak (328), Pahang (306), Terengganu (238) dan Sabah (140).

Tiga negeri merekodkan di bawah 100 kes iaitu Putrajaya (46) dan masing-masing 20 kes dilaporkan di Perlis dan Labuan.

Sementara itu, mengenai kes kematian semalam, data dalam COVIDNOW menunjukkan sebanyak 28 individu direkodkan meninggal dunia menjadikan sehingga kini sebanyak 35,127 kematian akibat jangkitan berkenaan.

Angka korban yang dilaporkan itu termasuklah tujuh kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kes kematian tertinggi direkodkan di Perak dan Selangor iaitu masing-masing enam kes, ia diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) serta masing-masing satu kes di Kedah dan Sarawak.

Mengenai kes sembuh di negara ini, setakat semalam sebanyak 23,302 kes sembuh dilaporkan menjadikan sehingga kini sebanyak 4,041,723 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Related posts

Leave a Comment