4.7 juta pelajar kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR 4 April – Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terbabit dalam sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lalu. Menteri Kanan Pendidikan,  Dr Radzi Jidin, berkata bagi sekolah rendah pula, seramai 2,674,104 murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sejak sesi persekolahan bermula pada 21 Mac lalu. Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah dan rendah yang mengikuti PdP secara bersemuka adalah seramai 4,735,101 orang. Pada masa sama, seramai 273,025 murid Tahun 3,…

Read More

Najib sahut cabaran Anwar

KUALA LUMPUR 4 April – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyahut cabaran untuk ‘turun gelanggang’ bagi berdebat dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Pekan itu turut meminta acara debat itu dapat diadakan secara langsung dalam tempoh terdekat. “Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live. “Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Isnin. Najib menyatakan persetujuan itu selepas…

Read More

Mutasi Omicron XE mudah berjangkit

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Covid-19. WHO menerusi laporan terbarunya berkata varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2. Mutasi yang baru dikenal pasti ini diramal kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun kami masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengesahkan perkara ini. Buat masa ini, sub-varian Omicron, BA.2 menular di seluruh dunia dengan menjadi varian paling mudah berjangkit di kebanyakan negara.…

Read More

Berbuka sebelum waktu batal puasa

KOTA KINABALU 4 April – Puasa umat Islam yang berbuka puasa awal daripada waktu sebenar mengikut azan yang disiarkan menerusi radio adalah terbatal dan wajib untuk menggantikannya selepas bulan Ramadan berakhir. Mufti Sabah,  Bungsu@Aziz Jaafar, berkata waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio atau seumpamanya serta keadaan langit pada ketika itu. “Pada dasarnya di sisi syarak, puasa bagi mereka yang berbuka puasa awal daripada waktu sebenar kerana mengikut azan di radio adalah dikira terbatal dan wajib ke atas…

Read More

Robot bersih bumbung Kaabah

MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci memperuntukkan lima robot vakum untuk membersihkan dan membasmi kuman bumbung Kaabah. Vakum robot berfungsi melalui aplikasi pintar dan secara manual yang mengambil masa 20 minit bagi setiap kali operasi pembersihan. Dimensinya ialah 40x40x10, dengan masa pengecasan selama empat jam, dan berfungsi selama tiga jam. Vakum robot berupaya meliputi kawasan seluas 180 meter persegi dalam tiga jam. Ia mempunyai kuasa sedutan 2000 pascal dengan takungan habuk sebanyak 400 mililiter (ml), dan takungan air 250ml serta mempunyai tiga kelajuan dan penyapu dan mop hibrid yang…

Read More

Covid-19 : Selangor sumbang kes tinggi

PUTRAJAYA 4 April – Selangor menyumbang lebih separuh jumlah kes jangkitan harian negara semalam dengan merekodkan 7,613 kes berbanding 12,380 yang dicatatkan di peringkat kebangsaan. Jumlah kes harian negara pula menunjukkan penurunan berbanding 14,692 kes yang direkodkan kelmarin. Menerusi data yang dikongsikan dalam laman sesawang COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 4,246,467 kes COVID-19 di negara ini. Kes baharu yang dicatatkan semalam itu membabitkan 11,918 kes penularan tempatan dengan 462 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 909 kes, Pulau…

Read More

1,348,693 kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 4 April – Sebanyak 1,348,693 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun atau 38 peratus daripada populasi itu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Semalam sebanyak 1,810 dos pertama dan 8,550 dos kedua diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak atau PICKids yang dilancarkan pada 3 Februari lepas. Ini sekali gus menjadikan jumlah kanak-kanak yang menerima dos kedua mencapai 14,949 orang. Kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua. Sementara itu, 509 lagi remaja melengkapkan vaksinasi mereka menjadikan jumlah keseluruhan 2,853,753 manakala 158…

Read More

864,450 warga emas belum booster

PUTRAJAYA 4 April – Sebanyak 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19, dedah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitternya. Justeru beliau turut menggesa agar golongan tersebut segera mendapatkan suntikan berkenaan.. Jelasnya, kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan ketika ini banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutamanya yang belum menerima suntikan penggalak. “Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita. “Get them boosted,” katanya. Data yang dikongsikan Khairy jelas menunjukkan sejak lima minggu lepas,…

Read More

36 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 4 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,099 orang, daripada 4.24 juta kes positif yang dikesan. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, terdapat 192,947 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 188,534 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 478 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,682 kes dirawat di…

Read More