4.7 juta pelajar kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR 4 April – Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terbabit dalam sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lalu.

Menteri Kanan Pendidikan,  Dr Radzi Jidin, berkata bagi sekolah rendah pula, seramai 2,674,104 murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sejak sesi persekolahan bermula pada 21 Mac lalu.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah dan rendah yang mengikuti PdP secara bersemuka adalah seramai 4,735,101 orang.

Pada masa sama, seramai 273,025 murid Tahun 3, 4 dan 5 bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 murid, masih hadir ke sekolah secara penggiliran.

Menerusi catatan Facebooknya, beliau berkata Kementerian Pendidikan sedang meneliti situasi tersebut bagi membolehkan kumpulan murid ini dapat hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Related posts

Leave a Comment