Robot bersih bumbung Kaabah

MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci memperuntukkan lima robot vakum untuk membersihkan dan membasmi kuman bumbung Kaabah.

Vakum robot berfungsi melalui aplikasi pintar dan secara manual yang mengambil masa 20 minit bagi setiap kali operasi pembersihan.

Dimensinya ialah 40x40x10, dengan masa pengecasan selama empat jam, dan berfungsi selama tiga jam.

Vakum robot berupaya meliputi kawasan seluas 180 meter persegi dalam tiga jam.

Ia mempunyai kuasa sedutan 2000 pascal dengan takungan habuk sebanyak 400 mililiter (ml), dan takungan air 250ml serta mempunyai tiga kelajuan dan penyapu dan mop hibrid yang berfungsi melalui peta kecerdasan buatan (AI).

Peranti dan teknologi moden itu bertujuan memelihara kualiti dan keselamatan marmar, menghilangkan sisa habuk, dan membersihkan Kaabah khususnya dan Masjidilharam amnya.

(Foto Haramain)

Related posts

Leave a Comment