36 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 4 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,099 orang, daripada 4.24 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 192,947 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 188,534 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 478 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,682 kes dirawat di hospital, 253 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 96 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 157 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment