1,348,693 kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 4 April – Sebanyak 1,348,693 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun atau 38 peratus daripada populasi itu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Semalam sebanyak 1,810 dos pertama dan 8,550 dos kedua diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak atau PICKids yang dilancarkan pada 3 Februari lepas.

Ini sekali gus menjadikan jumlah kanak-kanak yang menerima dos kedua mencapai 14,949 orang. Kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Sementara itu, 509 lagi remaja melengkapkan vaksinasi mereka menjadikan jumlah keseluruhan 2,853,753 manakala 158 mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 2,949,653 atau 94.8 peratus daripada populasi itu.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 15,850,917 telah mendapatkan dos penggalak termasuk 4,253 yang tampil semalam mendapatkan dos itu.

Setakat semalam sebanyak 22,954,771 atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,230,565 atau 98.8 peratus mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 15,708 dos diberikan yang meliputi 2,178 dos pertama, 9,277 dos kedua dan 4,253 dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 68,991,116 dos didaftarkan setakat ini.

Related posts

Leave a Comment