SEPANG 7 Sept – “Kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan (PH) melatah?,” demikian persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari selepas kalangan pemimpin PH membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi Awang. Laporan polis dibuat selepas Abdul Hadi mendakwa ada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018. Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya hairan dengan reaksi itu kerana Pas tidak pernah mengaitkan PH dalam isu terbabit. Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana pertikaian kedua-dua pihak boleh diselesaikan melalui kaedah undang-undang. “Kedutaan Amerika…
Read MoreDay: September 7, 2026
41 penerbangan ke Jakarta batal
PUTRAJAYA 7 Sept. – Sebanyak 41 penerbangan ke Jakarta di lapangan terbang seluruh negara dibatalkan hari ini, susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) berikutan abu gunung berapi akibat letusan. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan, pembatalan membabitkan penerbangan yang dijadualkan antara pukul 6.45 pagi hingga 11.55 malam ini. Jumlah pembatalan tertinggi direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan 30 penerbangan, iaitu 20 di Terminal 1 dan 10 di Terminal 2. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merekodkan tujuh pembatalan, diikuti Lapangan Terbang Subang dua pembatalan, manakala Lapangan…
Read MoreDUN Melaka bubar selepas ‘dua kali Jumaat’
MELAKA 7 Sept. – Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan menjelang akhir bulan ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN). Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Melaka itu berkata pembubaran DUN akan dibuat dalam tempoh `dua kali Jumaat’ lagi. “Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu, di sini hari…
Read MoreDua program Pra-PAU di WTC
KUALA LUMPUR 7 Sept . – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mulai Rabu ini, dua program keilmuwan Pra-PAU akan dilangsungkan esok di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program itu terbuka kepada orang awam iaitu Program Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026. Kedua-dua program bermula pukul 8 pagi. “Saya menjemput seluruh keluarga besar UMNO dan juga orang ramai untuk hadir bersama-sama ke dua program utama yang menjadi wadah penting untuk percambahan ilmu, pandangan dan gagasan dalam memperkukuh agenda…
Read MoreBerita pilihan…
Iran sedia tindak balas hebat
TEHRAN – Iran tidak lagi akan bertindak balas secara terhad terhadap sebarang tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan kepentingan dan keselamatan negara itu. Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf ketika memberi amaran itu berkata, sebarang serangan baharu oleh AS akan menerima balasan yang lebih pantas dan lebih kuat daripada Iran. Kenyataan itu dibuat sehari selepas Washington mengumumkan serangan ke atas tiga kapal tangki minyak Iran sebagai tindak balas terhadap dakwaan serangan Iran ke atas kapal perang AS di perairan rantau Teluk. Sementara itu, media kerajaan Iran melaporkan bahawa tentera…
Read More1,558 penerbangan tangguh, 170,00 kandas
JAKARTA – Letusan Gunung Anak Krakatau yang menghamburkan abu volkanik ke ruang udara di beberapa wilayah di Indonesia itu menyebabkan pihak berkuasa menggantung operasi di lapan lapangan terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, hab penerbangan tersibuk Indonesia, menjadi yang pertama ditutup selepas abu volkanik dikesan di ruang udara berhampiran lapangan terbang berkenaan pada Ahad. Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan sebanyak 1,558 penerbangan tertangguh atau dibatalkan akibat gangguan tersebut, dengan lebih 900 daripadanya membabitkan penerbangan ke dan dari Soekarno-Hatta. Dianggarkan, kira-kira 170,000 penumpang terkandas selepas penggantungan operasi itu. Perkembangan terbaharu menunjukkan…
Read More