SEPANG 12 Ogos – Menjelang Hari Merdeka 2026, Bersama akan mula menerbitkan satu siri kertas dasar, dinamakan Kertas Kancil yang akan memperincikan 12 Agenda Bersama dengan mendalam untuk mencambahkan diskusi dalam masyarakat. Bersama dalam satu kenyataan berkata, diskusi dalam masyarakat itu adalah mengenai langkah, dasar, akta-akta dan bentuk program yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keberhasilan di dalam Agenda Bersama. Menurut kenyataan bersama oleh Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab, perincian mengenai proses, rundingan terbuka dan forum-forum untuk membincangkan cadangan di dalam setiap Kertas Kancil akan diumumkan kelak.…
Read MoreDay: August 12, 2026
Wong Chen tinggalkan PKR sertai Bersama
PUCHONG 12 Ogos – Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) berkuat kuasa hari ini. Pengasas Bersama, Rafizi Ramli mengumumkan penyertaan Wong Chen pada sidang media di Ibu Pejabat Bersama di sini, hari ini. Wong Chen mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa kelmarin (10 Ogos 2026) Perkembangan itu sekali gus menandakan berakhirnya khidmat Wong Chen sebagai wakil rakyat Subang selepas beberapa penggal bersama PKR. Sementara itu, Wong Chen dalam sidang media memohon maaf…
Read MoreBerita pilihan…
Peluru pemintas sasar aset sendiri
BAITULMUQADDIS – Satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar tentera Israel tersilap melancarkan sebuah peluru pemintas secara tidak sengaja ke arah sasaran yang juga aset miliknya sendiri di selatan Lubnan. Kejadian itu berlaku ketika ketegangan masih berterusan di kawasan sempadan Israel-Lubnan meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat sebelum ini masih berkuat kuasa. Tentera Israel dalam satu kenyataan, memaklumkan insiden itu berlaku akibat kesilapan ketika operasi dijalankan, namun tiada kecederaan dilaporkan dan siren kecemasan juga tidak diaktifkan. Pihak berkuasa Israel setakat ini tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jenis…
Read MoreIran letak syarat buka Selat Hormuz
TEHRAN – Amerika Syarikat (AS) perlu menamatkan perang terhadap Iran dan sekutu serantaunya serta membebaskan dana Iran yang disekat sebelum Selat Hormuz dibuka semula sepenuhnya. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi (SNSC), Mohsen Rezaei berkata Selat Hormuz di Teluk Parsi hanya akan dibuka semula sepenuhnya sekiranya AS menerima syarat yang ditetapkan Iran. “Selagi AS tidak mengubah tindakannya dan menerima syarat Iran, Selat Hormuz tidak akan dibuka semula,” kata Rezaei dalam pertemuan dengan Duta China ke Tehran, Zong Piyu pada Selasa. Beliau berkata Iran turut menyampaikan beberapa syarat lain kepada AS menerusi…
Read More