Imarahkan bulan keberkatan ini

KUALA LUMPUR 2 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan.

Umat Islam di negara ini juga dinasihati supaya terus cekal mengharungi ujian penularan Covid-19 dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi fasa peralihan itu.

Titah Seri Paduka, rakyat dinasihati memastikan diri dan keluarga tersayang dilindungi dengan pengambilan dos vaksin penggalak Covid-19.

Baginda bertitah demikian ketika bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Bersempena ketibaan Ramadan, Al-Sultan Abdullah melalui catatan Facebook Istana Negara menyeru umat Islam mengaut keberkatan di bulan mulia ini untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.

Umat Islam di negara ini juga dinasihati supaya terus cekal mengharungi ujian penularan Covid -19 dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi fasa peralihan itu.

Seri Paduka Baginda berdua juga mengajak seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk bersama Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dirahmati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah serta penularan Covid-19 dapat diakhiri dengan segera.

Related posts

Leave a Comment