Kes harian kedua tertinggi di Thailand

BANGKOK 2 April – Thailand merekodkan kes harian tertinggi hari ini apabila jumlah kes harian meningkat kepada 28,029 mengatasi jumlah tertinggi yang direkodkan sebelum ini iaitu 28,379  pada 1 April lalu. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah itu tidak termasuk 14,229 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 42,258 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 27,914 kes adalah dalam kalangan penduduk awam, 79 penghuni penjara dan 36 kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini 3,684,755 manakala 96 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan…

Read More

PM Singapura hargai kecekalan

SINGAPURA 3 April – Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghargai kerjasama dan kecekalan masyarakat Melayu/Islam dalam usaha melawan Covid-19 dalam tempoh dua tahun lalu. Katanya, dalam tempoh itu, masyarakat Islam terpaksa menyesuaikan diri dengan sekatan-sekatan Covid-19, dari penutupan masjid hingga ke bilangan jemaah yang terpaksa dihadkan. Lee yang sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat turut mengucapkan ‘Selamat menjalani ibadah puasa’ kepada seluruh umat Islam di Singapura. Beliau juga melahirkan penghargaannya kepada para pemimpin masyarakat, asatizah serta masjid-masjid kerana sabar dan cekal mematuhi peraturan untuk sama-sama mengekang penularan virus tersebut.…

Read More

4,563 kes baharu Covid-19

SINGAPURA 2 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,563‬ kes baharu Covid-19  setakat pukul 12.00 tengah hari Sabtu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,106,001 kes. Daripada jumlah itu, ia terdiri  daripada 4,472‬‬ ‬jangkitan tempatan dan 91‬‬ kes import manakala dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,272 orang meninggal dunia. Sebanyak 3,856 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada  79 kes import dan 3,777 jangkitan tempatan. Sebanyak 707 kes lagi disahkan…

Read More

Imarahkan bulan keberkatan ini

KUALA LUMPUR 2 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan. Umat Islam di negara ini juga dinasihati supaya terus cekal mengharungi ujian penularan Covid-19 dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi fasa peralihan itu. Titah Seri Paduka, rakyat dinasihati memastikan diri dan keluarga tersayang dilindungi dengan pengambilan dos vaksin penggalak Covid-19. Baginda bertitah demikian ketika bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah…

Read More

39 ahli Parlimen lompat parti

KUCHING 2 April – Seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 hingga kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Katanya, tindakan melompat parti juga telah membawa kepada ketidakstabilan politik malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam satu penggal parlimen. “Ini tidak mendatangkan kestabilan politik di negara kita, apabila politik tidak stabil maka ekonomi juga sukar dijaga dan semasa kita berhadapan dengan Covid-19 ini (ketidakstabilan) jadi masalah besar,” katanya selepas menghadiri taklimat Projek Benteng Muara Tebas…

Read More

Vaksinasi kanak-kanak Brunei bermula

BERAKAS 2 April – Program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun bermula hari ini dengan 666 orang telah mendapatkan dos berkenaan setakat pukul 2 petang ini. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, vaksinasi yang bertujuan melindungi kanak-kanak itu adalah secara sukarela dan berdasarkan persetujuan ibu bapa atau penjaga. Beliau menjelaskan, pengambilan vaksin untuk kanak-kanak bukan syarat kemasukan sesi persekolahan atau memasuki premis tertentu. Sementara itu, Brunei Darussalam menambah jumlah kes harian dengan merekodkan 515 kes hari ini berbanding 503 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 135,430.…

Read More

Agong, Permaisuri positif Covid-19

KUALA LUMPUR 2 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positifCovid-19. Berikutan itu, baginda berdua kini menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara masing-masing hingga Khamis dan Jumaat ini. “Perkenan Seri Paduka Baginda berdua menjalani kuarantin kendiri selaras protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kes positif Covid-19 mengalami…

Read More

17,476 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 2 April – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 17,476 kes positif baharu Covid-19 semalam, kurang sedikit berbanding 18,560 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,219,395 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes positif baharu dilaporkan semalam ia adalah termasuk penularan tempatan dengan seramai 16,401 kes adalah warga negara dan 911 warga asing. Beliau berkata, seramai 164 pesakit lagi adalah kes import membabitkan 159 rakyat Malaysia dan lima bukan warga negara. Pada masa sama, seramai 17,321 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,977,403 kes (94.3 peratus)…

Read More