Indonesia catat 1.5 juta kes

JAKARTA 13 April – Indonesia merekodkan 5,702 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1,577,526 kes dengan kes aktif pula 108.599.

Lima provinsi merekodkan angka tertinggi iaitu Jawa Barat 1,456 dan kumulatifnya  261.504 kasus, Jawa Tengah 859 (175.316), Jakarta 828 (394,118), Riau 253 (37,394) dan Jawa Timur 249 kes dan kumulatifnya 143.054 kes.

Kes sembuh puka meningkat kepada 1,426,145 selepas 6,349 lagi pesakit dilaporkan sembuh

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu  Jawa Tengah 1,952  orang dan kumulatifnya 142.318 orang, Jawa Barat 1,073  (230.668), Jakarta 900 (381,406), Yogyakarta 231 (30,236) Jawa Timur 223 (130,815)..

Bagi kes kematian pula, 126 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 42,782 kes.

Jawa Timur merekodkan 32 kematian dan kumulatifnya yang tertinggi sejumlah 10,266, Jawa Barat 23 (3.415), Jawa Tengah 15 (7,507), Bali tujuh (1,218) dan Riau tujuh  dan kumulatifnya 917 kes. 

Sementara itu bagi program vaksinasi, jumlah penerimanya meningkat melebihi 10 juta orang atau lebih tepatnya 10.373.963 orang.

Peningkatan ini dengan adanya tambahan penerima vaksin harian sebanyak 112.172 orang manakala penerima vaksinasi kedua meningkat menjadi 5.431.997 orang.

Related posts

Leave a Comment