17,476 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 2 April – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 17,476 kes positif baharu Covid-19 semalam, kurang sedikit berbanding 18,560 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,219,395 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes positif baharu dilaporkan semalam ia adalah termasuk penularan tempatan dengan seramai 16,401 kes adalah warga negara dan 911 warga asing.

Beliau berkata, seramai 164 pesakit lagi adalah kes import membabitkan 159 rakyat Malaysia dan lima bukan warga negara.

Pada masa sama, seramai 17,321 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan 3,977,403 kes (94.3 peratus) kumulatif daripada keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini.

Katanya, 263 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 125 kes disahkan COVID-19; 138 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan manakala 162 pesakit memerlukan bantuan pernafasan (72 kes disahkan COVID-19; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan setakat semalam, 9,813 kes (56.15 peratus) adalah pesakit dalam Kategori 1; Kategori 2; 7,552 (43.22 peratus); Kategori 3; 37 kes (0.21 peratus); Kategori 4 dan 5 masing-masing adalah sebanyak 37 kes (0.21 peratus).

Daripada 111 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang dilaporkan semalam, sebanyak 22 kes (19.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 45 kes (40.54 peratus) menerima 2 dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak; 44 kes (39.64 peratus) menerima dos penggalak.

Sebanyak 62 kes atau 55.86 peratus berumur 60 tahun dan ke atas, 59 kes (53.15 peratus) mempunyai komorbid dan 1 kes (0.90 peratus) adalah kes ibu hamil.

KKM juga mengesan enam kluster baharu jangkitan Covid-19, menjadikan 6,938 kluster dengan 6,744 kluster sudah ditamatkan manakala 194 masih aktif.

Beliau berkata, setakat semalam hanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 67 peratus.

Dua negeri menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya, 88 peratus dan Selangor (64 peratus).

Related posts

Leave a Comment