Kes harian kedua tertinggi di Thailand

BANGKOK 2 April – Thailand merekodkan kes harian tertinggi hari ini apabila jumlah kes harian meningkat kepada 28,029 mengatasi jumlah tertinggi yang direkodkan sebelum ini iaitu 28,379  pada 1 April lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah itu tidak termasuk 14,229 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 42,258 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 27,914 kes adalah dalam kalangan penduduk awam, 79 penghuni penjara dan 36 kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini 3,684,755 manakala 96 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,318 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan 96 kematian yang direkodkan melibatkan individu yang berusia dari 26 hingga 105 tahun dengan purata 77 tahun dengan 61 lelaki dan 35 perempuan.

Bangkok terus mendahului kes harian dengan 3,373 diikuti Chon Buri 1,507, Nakhon Si Thammarat 1,128, Samut Sakhon 936, Samut Prakan 930, Songkhla 762, Chachoengsao 735, Nakhon Pathom 688, Ayutthaya 665, dan Khon Kaen 652.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Arab Saudi, Kemboja, Jerman, Australia,  United Kingdom dan Myanmar.

Pada Jumaat, sebanyak 255,795 orang menerima rawatan 64,943 di hospital termasuk 1,827 yang dalam keadaan kritikal dan 735 bergantung kepada ventilator manakala 23,352 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sejak pandemik bermula awal tahun 2020, terdapat 3,684,755 kes Covid-19 termasuk 1,461,320 tahun ini dan 3,403,642 dilaporkan sembuh setakat ini manakala jumlah kematian 25,318 termasuk 3,620 tahun ini.

Related posts

Leave a Comment