Cantuman Rindu Haramain temukan jemaah

KUALA LUMPUR 8 Ogos  – Seperti tahun-tahun sebelumnya, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) mengambil inisiatif mempertemukan semula jemaah haji di bawah kendaliannya tahun ini menerusi program Cantuman Rindu Haramain. Majlis perjumpaan ukhuwah itu berlangsung di Hotel Royale Chulan, dihadiri 305 jemaah yang memilih pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) Andalusia dan majlis itu disifatkan kemuncak pengendalian jemaah selama 45 hari di Makkah dan Madinah. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Ida Riswana Idris berkata, majlis itu bukan sahaja meraikan mereka yang memilih Andalusia tetapi dapat mempertemukan semula dengan rakan-rakan yang…

Read More

MyKHAS: 5 Ahli Parlimen PKR kecewa

SEPANG 8 Ogos – Lima wakil rakyat daripada PKR mengakui kecewa apabila parti itu menyekat Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail daripada akses portal peruntukan khas (MyKHAS). Menerusi kenyataan bersama hari ini, mereka menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa serius, sekali gus menafikan hak Rodziah untuk menguruskan peruntukan Parlimen Ampang. Kumpulan Ahli Parlimen itu turut memberi peringatan tegas mengenai peruntukan kawasan melalui MyKHAS bukanlah hadiah daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat. Tindakan itu, katanya, turut mengakibatkan garis sempadan antara parti dan kerajaan serta demokrasi dan autokrasi semakin kabur.…

Read More

Arahan henti bina dewan di White House

WASHINGTON – Usaha pentadbiran Presiden Donald Trump merombak kompleks White House terhalang apabila Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pembinaan sebuah dewan majlis dihentikan. Projek itu dibina di tapak bekas Sayap Timur White House yang telah dirobohkan, bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.6 bilion) Dalam keputusan 2-1 yang dikeluarkan Mahkamah Rayuan Daerah Columbia pada Jumaat, panel hakim menegaskan, setiap Presiden hanyalah “penghuni sementara” White House dan tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan besar terhadap bangunan bersejarah itu tanpa mendapat kelulusan Kongres. Keputusan itu mengekalkan injunksi awal yang dimohon National Trust…

Read More

Perjanjian Pertahanan Bersama tiga negara

HYDERABAD – Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama bagi memperkukuh pertahanan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan. Perjanjian itu ditandatangani Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas sidang kemuncak tiga hala di Istana Al Safa di Makkah. Perjanjian ini bertujuan mengukuhkan keupayaan pencegahan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan dan menetapkan bahawa sebarang serangan bersenjata terhadap mana-mana satu daripada tiga negara itu akan dianggap sebagai serangan terhadap kesemuanya. Menurut kenyataan bersama, perjanjian memperuntukkan…

Read More