SEPANG 7 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan ia masih anggota sah Perikatan Nasional (PN) dan dakwaan bahawa keanggotaannya dalam gabungan itu tergugur secara automatik adalah bercanggah dengan perlembagaan parti. Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali, berkata tiada mana-mana fasal dalam perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan sesebuah parti anggota boleh tergugur dengan sendirinya. Beliau berkata, mengikut Fasal 7A perlembagaan PN, kedudukan sesuatu parti anggota hanya boleh dimuktamadkan melalui keputusan Majlis Presiden. “Sehingga kini, Majlis Presiden tidak pernah bersidang untuk menentukan keanggotaan BERSATU dalam PN. Justeru, BERSATU masih parti anggota…
Read MoreDay: August 7, 2026
Pemimpin Bersatu Terengganu letak jawatan
SEPANG 7 Ogos – “Kita Berhenti”, itu hantaran ringkas Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Terengganu, Razali Idris menerusi Facebooknya hari ini. Hantaran itu merujuk keputusannya meletak jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, di samping dua lagi pimpinan negeri parti itu mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini. Difahamkan Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu. Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini tiada maklum balas diterima daripada pihak pimpinan tertinggi berkaitan surat peletakan jawatan itu. Beliau juga…
Read More8 muka baharu sertai Exco Negeri Sembilan
KUALA PILAH 7 Ogos – Siow Kong Choon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah yang menewaskan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke adalah antara 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang dilantik bagi penggal baharu hari ini. Beliau juga antara lapan muka baharu yang dilantik manakala dua ADUN lagi yang dikekalkan dalam barisan Exco ialah ADUN Linggi, Mohd Faizal Ramli dan ADUN Palong, Mustapha Nagoor, kedua-duanya mewakili Barisan Nasional (BN). Selain Choon, lima lagi yang mewakili BN adalah ADUN Chembong Zaifulbahri Idris; Siti Nur Umaira Hasim (Labu), Mohd…
Read MoreJoachim menang jawatan Presiden PBS
KOTA KINABALU 7 Ogos – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Joachim Gunsalam menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi tempoh 2026-2029, selepas memangku jawatan itu sejak tiga tahun lalu. Jawatan Timbalan Presiden juga dimenangi tanpa bertanding iaitu Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Ruslan Muharam. Dr Joachim memangku jawatan Presiden PBS selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyerahkan tugas mentadbir parti kepada beliau atas sebab kesihatan pada Jun 2024. Setiausaha Agung selaku…
Read MoreBerita pilihan…
Uganda sertai pengaman di Gaza
KAMPALA – Parlimen Uganda meluluskan usul menyokong keputusan Presiden Yoweri Museveni untuk ‘mengerahkan Angkatan Pertahanan Rakyat Uganda ke Semenanjung Gaza bagi misi pengaman’. Jeneral Henry Matsiko yang mengalu-alukan keputusan itu memberitahu Parlimen, beliau berbangga kerana angkatan pertahanan itu diiktiraf sebagai tonggak kestabilan di tengah pergolakan, bukan sahaja di peringkat serantau malah di peringkat global. Kerahan tentera itu adalah sebagai sebahagian daripada Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di bawah perjanjian perlucutan senjata dicapai pada penghujung Julai. Pasukan antarabangsa itu adalah sebahagian daripada inisiatif Lembaga Keamanan, sebuah pertubuhan yang diwujudkan oleh Presiden Amerika…
Read MoreLapan negara kecam serangan Israel
ISTANBUL – Serangan Israel terhadap kemudahan kesihatan, infrastruktur perubatan dan lokasi awam di Semenanjung Gaza mendapat kecaman lapan negara yang bukan sahaja disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa tetapi menjejaskan usaha memajukan pelan damai Gaza. Dalam kenyataan bersama, menteri luar Turkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu mengutuk pelanggaran berterusan Israel di Gaza, termasuk serangan yang mengorbankan orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak. Menurut menteri-menteri berkenaan, serangan berkenaan merupakan “pelanggaran jelas” terhadap undang-undang antarabangsa dan Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza, serta menjejaskan usaha melaksanakan fasa kedua…
Read More