Rapat sejadah semasa solat

SEREMBAN 23 Mac – Penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau di negeri ini mulai 1 April ini akan mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang. Menteri Besar Aminuddin Harun berkata selain menjaga penjarakan fizikal satu meter, jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara serta penduduk tetap yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19. “Jemaah yang hadir juga perlu memastikan dalam keadaan sihat, tiada gejala seperti demam, batuk,…

Read More

Perak rapatkan saf mulai 1 April

IPOH 23 Mac – Bermula 1 April ini, semua masjid dan surau di negeri ini dibenarkan merapatkan saf solat berjemaah mengikuti keluasan ruang sebenar selaras dengan permulaan Fasa Peralihan Endemik di seluruh negara pada tarikh berkenaan. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, solat fardu, Solat Jumaat, dan solat jenazah boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal antara jemaah, dan bilangan jemaah yang dibenarkan ialah mengikuti keluasan ruang masjid atau surau, Bermula tarikh itu juga, Sultan Nazrin bertitah, solat Jumaat hanya boleh dilaksanakan di masjid atau surau diri Jumaat (SDJ). Bagaimanapun budi…

Read More

Sabah Johor catat kompaun tertinggi

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Kesihatan mengeluarkan sebanyak 2,338 kompaun terhadap individu serta 506 kompaun kepada pertubuhan sepanjang Minggu Epidemilogi (ME) 1/2022 hingga ME 11/2022. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, kompaun tertinggi dikeluarkan di Sabah dengan 623 kompaun diikuti Selangor sebanyak 505 kompaun serta Johor (340). Dalam kenyataannya, beliau berkata, terdapat peningkatan tawaran kompaun di Selangor dan Perak pada ME 11/2022 berbanding minggu sebelumnya. Perak mencatatkan 17 kompaun pada ME 1/2022 namun meningkat kepad a 67 kompaun pada ME 11/2022. Menurut Dr Noor Hisham,…

Read More

Enam imam Tarawih Masjidilharam

MAKKAH 23 Mac – Enam orang imam termasuk Sheikh Abdur Rahman Al Sudais akan memimpin solat sunat Tarawih dan Tahajjud di Masjidilharam pada tahun ini. Turut terlibat adalah Sheikh Abdullah Awad Al Juhany, Sheikh Saud Al Shuraim, Sheikh Maher Al Muaiqly, Sheikh Sheikh Yasir Al Dawsary dan Sheikh Bandar Baleelah. Tiada imam jemputan pada tahun ini. Mengikut jadual yang dikeluarkan, pada malam pertama solat Tarawih akan dipimpin oleh Sheikh Abdullah Awad Al Juhany, dan Sheikh Abdur Rahman Al Sudais. Pada tahun ini juga, iktikaf 10 malam terakhir dibenarkan selepas dua tahun…

Read More

Peningkatan kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 23 Mac – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan semalam apabila merekodkan 21,483 berbanding 17,828 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,032,435 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 21,089 kes adalah penularan tempatan dan 394 adalah kes import. Kes yang dikesan semalam itu paling tinggi membabitkan pesakit dalam kategori dua iaitu 10,862 kes diikuti kategori pertama (10,455 kes), kategori lima (63 kes), kategori tiga (57 kes) dan kategori empat (46 kes). Dr Noor Hisham memaklumkan 166 kes Covid-19 dalam kategori tiga hingga…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 23 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun kepada 0.91 berbanding 0.92 kelmarin. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.91. Dua negeri melepasi kadar 1.00 iaitu Sarawak yang merekodkan 1.01 berbanding 1.03 kelmarin manakala Perak pula mencatatkan 1.00 berbanding 1.01 kelmarin. Selangor kekal merekodkan 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.97, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing 0.95, Negeri Sembilan 0.94, Terengganu dan Johor masing-masing 0.92, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pahang 0.91. Perlis merekodkan 0.89,…

Read More

2.8 juta remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 23 Mac – Setakat semalam, sebanyak 1,272,121 individu atau 35.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, semalam, sebanyak 4,465 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,845,415 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,943,210 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 15,530,830 individu atau 66 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah…

Read More

73 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 73 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,535 orang, daripada 4.01 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 25 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, terdapat 252,671 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 244,262 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 1,453 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,617 dirawat di hospital…

Read More