Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 23 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara turun kepada 0.91 berbanding 0.92 kelmarin.

Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.91.

Dua negeri melepasi kadar 1.00 iaitu Sarawak yang merekodkan 1.01 berbanding 1.03 kelmarin manakala Perak pula mencatatkan 1.00 berbanding 1.01 kelmarin.

Selangor kekal merekodkan 0.99, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.97, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing 0.95, Negeri Sembilan 0.94, Terengganu dan Johor masing-masing 0.92, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pahang 0.91.

Perlis merekodkan 0.89, Kedah 0.86, Kelantan 0.81, Wilayah Persekutuan Labuan 0.78 dan Sabah 0.66.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment